Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKM Anjur Jualan Agro Madani, Bukti Tekad Kerajaan Tangani Isu Kos Sara Hidup Rakyat

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup berbesar hati merasmikan Program Jualan Agro Madani Mega, anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta Lotus Ampang pada 6 Januari 2024.

Bukti tekad kerajaan tangani isu kos sara hidup

Ujar beliau dalam ucapan perasmian tersebut, penganjuran program seperti ini merupakan salah satu bukti tekad Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat dan peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai penggerak utama bagi memastikan bekalan makan sentiasa mencukupi serta tersedia buat seluruh rakyat.

“Jualan Agro Madani anjuran KPKM menggarap usaha agensi pelaksana di bawahnya iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam mewujudkan satu usaha bersepadu “Quick Win” berteraskan penjimatan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. 
Program ini memberikan tumpuan kepada kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti sekitar kawasan perumahan miskin bandar dan pinggir bandar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) selain kompleks Kerajaan agar manfaat ini dapat memberikan impak yang lebih berkesan dan meluas,” ujarnya.

KPKM telah anjur 5,608 Jualan Agro Madani sehingga Disember 2023

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sehingga 31 Disember 2023, pihak KPKM telah berjaya menganjurkan sebanyak 5,608 Jualan Agro Madani melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 5,000 lokasi dan berjaya mencatatkan sejumlah dua 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran Jualan Agro MADANI.

Inisiatif ini turut mencatatkan penglibatan seramai 74,800 dengan nilai jualan sebanyak RM93.7 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tingkatkan pendapatan pengeluar tanpa orang tengah

Difahamkan, program tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan pengeluar yang dapat menjual barangan atau hasil pengeluaran mereka terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.

Ia sekali gus memberi penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada lebih kurang 11.6 juta isi rumah di seluruh negara.

“Saya difahamkan LPP turut melaksanakan program Jualan Agro Madani di seluruh negara termasuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada April tahun 2023.
“Sehingga Disember 2023, LPP telah menjayakan sebanyak Seratus Empat Belas (114) program jualan di seluruh negeri melebihi sasaran sebanyak seratus enam (106) program jualan,” katanya lagi.

Tahniah buat semua yang terlibat!

Susulan daripada itu, Datuk Arthur menzahirkan ucapan tahniah kepada Pertubuhan Peladang melalui pasaran 162 Peladang Outlet seluruh negara yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disebabkan sambutan baik dalam kalangan B40 dan M40, KPKM akan meneruskan dan memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI kepada 5,000 sesi jualan menjelang Oktober 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, beliau dan KPKM berharap melalui penganjuran Jualan Agro MADANI, rakyat boleh mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Beliau juga meletakkan kepercayaan terhadap Program Jualan Agro Madani Mega ini dan berharap usaha tersebut akan menarik minat orang ramai terutamanya golongan belia untuk menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Mereka juga tidak perlu risau kerana KPKM dan agensi akan sentiasa membantu sedaya upaya agar sektor agro pertanian negara akan terus berkembang dan maju..

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd