Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Warga Emas Gembira Beli Barangan Dapur Guna Bantuan SARA Runtun Hati Netizen

Sepasang suami isteri meluahkan rasa gembira apabila dapat membeli barangan dapur dengan menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikToknya, keceriaan jelas terpancar di wajah pasangan warga emas kerana berpeluang membeli keperluan dapur seperti minyak, beras dan pati air berperisa hasil daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kerajaan.

Bantuan SARA

@kaksha_91

Mak hantar video ni semalam. Depa p claim duit mysara. Seronok dapat barang free mak abah kata. Alhamdulillah. Bahagia macam ni pun satu rezeki. Semoga mak abah siht selalu 🥹 p/s nanti kak beli corndog banyak2 kat abah ok 😇

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mak hantar video ni semalam, mereka tebus bantuan SARA.
“Mak abah kata seronok dapat barang percuma, alhamdulilah bahagia macam ini pun satu rezeki. Semoga mak abah sihat selalu,” ujar wanita itu yang dikenali sebagai Kak Sha.

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Selamatkan Mangsa, Lelaki Warga Pakistan Terima Penghargaan Jenama Tekstil Terkemuka

Bantuan SARA

Bantuan SARA

 

Netizen tumpang bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak apabila melihat kebahagiaan pasangan tersebut apabila menerima bantuan sara yang sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Ramai puji inisiatif kerajaan

Ramai yang memuji inisiatif kerajaan melalui bantuan SARA yang memberi impak kepada golongan rentan, terutamanya warga emas yang tidak lagi bekerja dan hanya bergantung kepada pencen kecil atau bantuan anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mak hantar video ni semalam. Mereka pergi tebus bantuan SARA.
“Mak abah kata seronok dapat barang percuma, alhamdulilah bahagia macam ini pun satu rezeki. Semoga mak abah sihat selalu,” ujarnya sebak.

Untuk makluman, ​Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program bantuan bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya isi rumah miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit bulanan yang dikreditkan terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya terpilih.

Sumber: TikTok @kaksha91

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd