Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bantu Pasca Banjir Di Sekolah, Guru Pelatih Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik

Seorang guru pelatih lelaki di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, Segamat pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa Saiful Asraf Mukhtar dikatakan berada di luar bilik makmal komputer bagi melakukan kerja pembersihan pasca banjir di Johor.

https://www.facebook.com/asrinah.alias/posts/pfbid0NufZiNtVsBtjtksA5dTMvf1zv6dhU6BPWGDzwQLvYn7HqgTrpfSYod8FiC9CSdBol

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa yang berusia 21 hadir ke sekolah tersebut bersama sekumpulan pelatih IPG yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ membersihkan kerusi meja pelajar. Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa yang berdiri kemudiannya rebah,” katanya.

https://www.facebook.com/mdariff.ali/posts/pfbid0jkd1MuocvCWbkwULVbpmBDv5H9kw9L5zW268uZnBJ7W9uJCvmHFjM1ZKMkapUjhFl

Beliau berkata, beberapa rakan sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) dimana mangsa turut mengalami cedera di bahagian kepala.

https://www.facebook.com/s1771.ruh41d4h/posts/pfbid02YW6BdkN4UiV6at64GHcKdL7cWqkZrDQiRv7FYy8jRPhwTiZ5e7C9sWXj5Q27i8LJl

“Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Difahamkan, ini adalah kali kedua mangsa yang berasal dari Sabah tampil membantu misi pasca banjir di Segamat ketika musim banjir tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/apiz.peace1/posts/pfbid02qJnoAZNcBBEgQJcGqry5SYxHQ6sb4fta7P3cvsB53rj8PtZigoa93eVqEbVyHsGEl

Sumber: Kosmo! Online (Farahwahida Ahmad), Facebook search

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd