Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bantu Langsaikan Hutang Pelajar, Sarawak Bayar RM90.42 Juta Kepada PTPTN

Kerajaan Sarawak bayar RM90.42 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN dalam kalangan anak negeri itu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, jumlah itu diperoleh sejak PTPTN dan Yayasan Sarawak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak pada 5 Mac 2021.

Sarawak bayar RM90.42 juta kepada PTPTN

Artikel lain: PTPTN Perkenal Portal Majikan Online, Mudahkan Urusan Potongan Gaji

“Pada hari ini, Yayasan Sarawak sekali lagi menyalurkan peruntukan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak-anak Sarawak berjumlah RM12.43 juta dan dianggarkan sebanyak 3,000 peminjam yang layak akan menerima insentif itu.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berjumlah RM90.42 juta yang memberi manfaat kepada lebih 25,000 peminjam PTPTN dalam kalangan anak Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan majlis penyerahan cek bagi bayaran terbaharu di bawah insentif berkenaan daripada Yayasan Sarawak bagi baki hutang peminjam PTPTN dari negeri itu yang diadakan di Menara PTPTN Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Replika cek telah diserahkan Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak Louis Simon Peter kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

“Pelaksanaan insentif bayaran balik pinjaman PTPTN kepada anak Sarawak merupakan kesinambungan inisiatif Belanjawan Negeri Sarawak 2020,” menurut kenyataan itu.

Hal ini disusuli satu memorandum persefahaman antara PTPTN dengan Yayasan Sarawak pada 5 Mac 2021 kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.

Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman mereka.

“PTPTN berharap agar pemberian insentif bayaran balik pinjaman kepada anak Sarawak diteruskan lagi pada masa akan datang bagi manfaat anak Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan impian generasi akan datang dalam pendidikan tinggi,” kata Norliza

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd