Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bank Rakyat Peruntuk Lebih RM2.3 Juta Menerusi Kempen Ramadan Raya

Bank Rakyat memperuntukkan lebih RM2.3 juta menerusi Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas, bermula 12 Mac hingga 31 Mei 2024.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, ia bagi menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kempen Ramadan Raya!

“Konsep ini sebagai inspirasi untuk menyemai perasaan luhur, kasih sayang dan usaha yang mengutamakan sebuah hubungan berkekalan melebihi perniagaan.
“Ini termasuk dengan berkongsi kegembiraan bersama pelanggan serta masyarakat secara menyeluruh menerusi pelbagai inisiatif yang dirancang sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel lain: Bank Rakyat Umum Jutawan Pertama Akaun Pelaburan-I Rizq Plus, Bawa Pulang Wang RM1 Juta!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Shahril berkata, kempen ini bakal menawarkan hadiah berupa Proton X90, Proton X70, Proton X50, lima buah motosikal Modenas dan 120 hadiah sagu hati yang lain.

“Kempen utama Tulus Ikhlas ini melibatkan produk pembiayaan dan Takaful, Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Tawarruq,” ujarnya.

Sementara itu, dalam usaha meluaskan perniagaan usahawan kecil, Bank Rakyat juga bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 kepada 15 orang pemenang bertuah yang melanggan produk Pembiayaan Mikro-i bermula 12 Mac hingga 31 Mei 2024.

“Pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan Kenderaan-i juga berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000 kepada 200 orang pemenang bertuah bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2024.
“Cabutan istimewa Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sempena Aidilfitri turut diadakan yang mana hadiah wang tunai bernilai RM100,000 untuk satu pemenang dan emas seberat 20 gram untuk lima pemenang.
“Pelanggan yang melakukan transaksi pindahan wang tertinggi menerusi DuitNow QR menggunakan aplikasi perbankan mudah alih iRakyat dan laman web iRakyat bermula 12 Mac hingga 31 Mei 2024 juga akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM14,500,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, 10 orang yang memuat naik kisah kreatif hari raya di media sosial bermula dari 15 Mac sehingga 15 April 2024 akan berpeluang memenangi baucar Jakel keseluruhan bernilai RM2,000.

Malah, pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai 5% untuk petrol, diesel dan pembelian runcit di stesen minyak seluruh negara pada setiap hari Khamis bermula 14 Mac hingga 31 Disember 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemegang Kad Kredit-i yang membuat transaksi minimum RM500 bagi pembelian barangan di Jakel bermula 1 Mac sehingga 30 April 2024 pula akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 yang akan dikreditkan ke Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

“Kami juga akan menganjurkan Karnival Bazaar Riang Raya yang merupakan jualan tanpa tunai yang menghimpunkan 100 usahawan di Menara Kembar Bank Rakyat selama tiga hari bermula 1 April hingga 3 April 2024,” katanya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd