Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bank Islam Tumpaskan 1,632 Kes Penipuan Babit Wang Pelanggan Hampir RM11.7 Juta

Syarikat perbankan Islam pertama Malaysia, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) berjaya menumpaskan kegiatan penipuan melalui hasil tindakan pantas kakitangan bank mereka yang digelar ‘Bank Islam Heroes’ sejak Januari lalu.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam Mohamed, Iran Moriff Mohd Shariff berkata, tindakan pantas itu berjaya mengesan dan menghalang 1,632 kes berkaitan penipuan dan menyelamatkan wang simpanan pelanggan berjumlah sehingga RM11,682,813.19.

Foto: braydonqoday.blogspot.com

“Contohnya baru-baru ini ‘Bank Islam Heroes’ kami di cawangan Taman Bukit Indah, Johor Bahru berjaya memintas dan menghentikan cubaan tipu ‘love scam’, sekali gus menyelamatkan lebih RM200,000 wang simpanan pelanggan.
“Dalam satu kes lain di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kakitangan bank berjaya menyelamatkan seorang pelanggan daripada menjadi mangsa ‘phone scam’ yang melibatkan aplikasi perisian hasad atau malware. Alhamdullilah, ia menyelamatkan pelanggan daripada kehilangan wang RM500,000,” katanya.

Beliau berkata, pihak Bank Islam sentiasa berusaha untuk mendidik masyarakat melalui pelbagai inisiatif, antaranya menyediakan poster berkaitan penipuan tersebut di 135 cawangannya di seluruh negara bagi mengelakkan berlakunya kes kehilangan wang simpanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: whatismyipaddress.com

“Selain itu ada pelaksanaan pengesahan dan tempoh bertenang (cooling-off periof ) untuk perkhidmatan perbankan elektronik, dan membenarkan pendaftaran untuk satu peranti mudah alih,” ujarnya.

Iran Moriff turut memaklumkan bahawa pihaknya juga ada menyediakan pelbagai ciri-ciri keselamatan kepada pelanggan untuk melindungi dana mereka daripada menjadi sasaran penipuan.

“Antaranya peralihan kaedah penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) kata laluan sekali sahaja (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat,” jelasnya lagi.

Foto: New Straits Times

Untuk makluman, pelanggan Bank Islam juga boleh menghubungi terus talian khas 03-26900900 yang beroperasi 24 jam sekiranya terdapat sebarang masalah atau aduan berhubung kes-kes penipuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd