Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Banjir Kelantan: Bayi 18 bulan Korban Pertama, Jatuh Dalam Sungai Belakang Rumah

Bayi lelaki berusia 18 bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas akibat tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikatakan bermain di belakang rumahnya yang digenangi air susulan hujan lebat sebelum dikatakan tergelincir ke dalam sungai.

Mayat mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 1.40 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Muhammad Samsudin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua pacuan empat roda serta 16 anggota bomba dari BBP Kota Bharu, BBP Pasir Tumboh dan PPDA Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang bayi lelaki tergelincir ke dalam sungai berhampiran selepas dipercayai bermain di belakang rumahnya.
“Pasukan PPDA kemudiannya menjalankan operasi selaman di kawasan mangsa dipercayai lemas dan mangsa dijumpai pada jam 1.40 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.42 petang,” katanya.

Sumber: BH Online (Hazira Ahmad Zaidi)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd