Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bangkai Khinzir Dibuang Depan Masjid, Polis Sweden Jalankan Siasatan

Pihak polis sedang menjalankan siasatan sejak Rabu berhubung kes bangkai babi dibuang di hadapan sebuah masjid di Selatan Sweden oleh individu yang tidak dikenali.

Memetik laporan Alrabiya News, polis Sweden berkata, kejadian tersebut dianggap sebagai satu tindakan yang timbul daripada perasaan benci terhadap kumpulan etnik namun, motif lain berkemungkinan muncul semasa siasatan ini berlangsung.

Foto: Reuters

“Seekor babi telah dibuang di hadapan bangunan masjid. 
“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai perasaan kebencian terhadap kumpulan etnik tetapi syak wasangka lain mungkin menyusul kemudian,” kata polis Sweden di laman web rasminya.

Menurut ketua yayasan masjid di Skovde, Smajo Sahat memberitahu bahawa bangkai haiwan berkenaan merupakan babi hutan yang telah dilemparkan oleh seorang individu semasa menaiki sebuah kereta.

Foto: The Local Sweden

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, bangkai babi yang ditemui oleh pengendali masjid terbabit dilihat sudah tidak bernyawa ketika dia ke lokasi kejadian.

“Saya datang pagi tadi (kelmarin) dan nampak ia sudah mati.
“Seorang individu datang dengan menaiki sebuah kereta dan melemparkan bangkai ini ke arah masjid. Kami tidak tahu siapa individu itu tetapi dia dirakam oleh kamera pengawasan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Sahat memaklumkan bahawa masjid yang telah dibuka sejak setahun lalu serta memiliki 1,000 jemaah itu tidak menerima sebarang ancaman setakat ini.

Sumber: Alrabiya News

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (Polis Diraja Malaysia) menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penularan rakaman video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil minum minuman...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan tahap kebersihan serta imej bandar raya Kuala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd