Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

BamBam Rela Hidup Bujang,Tak Mahu Kebahagiaan ‘Dirampas’ Orang Lain

Penyanyi kumpulan GOT7, BamBam mendedahkan dia kini lebih selesa untuk hidup solo berbanding menamatkan zaman bujang.

BamBam atau nama sebenarnya Kunpimook Bhuwakul menyatakan dia tidak akan berkahwin kerana lebih selesa hidup bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa.

Perkara itu didedahkan oleh penyanyi berusia 26 tahun sewaktu hadir dalam program Master In The House 2 apabila disoal sama ada akan berkahwin atau meneruskan kehidupan solo.

“Sejak menjadi artis, saya tiada masa lapang untuk diluangkan dan sering berada di hotel bersama ahli lain.
“Disebabkan itu, saya tidak mahu kehidupan ‘dirampas’ oleh orang lain,”ujarnya.

Penyanyi kelahiran Thailand itu menyatakan dia sudah gembira dengan kehidupan sedia ada dan tidak mahu menyusahkan hidup bersama orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah BamBam, prinsip hidupnya untuk kekal solo bertambah kuat apabila melihat kehidupan abangnya yang kini sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Abang saya sudah berkahwin dan gembira bersama seorang anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.
“Namun, beberapa bulan lalu dia mengunjungi saya di Korea buat pertama kali bersama anaknya dan apabila melihat raut wajahnya, saya kasihan,” luahnya yang takut dengan kehidupan berumah tangga.

Sumber: Kosmo!

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd