Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Balenciaga Keluarkan Koleksi Skirt Tuala Dengan Harga RM4,357

Peminat jenama fesyen terkenal, Balenciaga pastinya terkejut apabila brand antarabangsa berkenaan telah mengeluarkan skirt tuala bersempena dengan koleksi Musim Bunga 2024.

Menerusi laporan dari Times Now, gambar skirt tersebut telah menjadi topik bualan hangat apabila ramai pengguna media sosial menganggap skirt menyerupai tuala berkenaan terlihat biasa sahaja.

Harga tak masuk akal

Apa yang membuatkan ramai menganggap ia tidak masuk akal kerana harganya yang mencecah RM4,357 atau 965 dolar Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan, skirt tuala dengan fabrik  kapas terry itu merupakan skirt uniseks yang dipakai pada bahagian pinggang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia dilengkapi dengan dua butang dan tali pinggang boleh laras dengan strap di dalamnya.

Untuk penjagaannya pula, skirt tuala mewah ini memerlukan cucian kering untuk dibersihkan.

Ramai cuba beli skirt tuala Balenciaga

Walau bagaimanapun, menerusi ThePopTingz, ramai yang dilihat berseloroh mahu membuat mendapatkan skirt tuala berkenaan kerana dianggap menarik  memandangkan ia terlihat rare.

Sebelum ini, jenama tersebut pernah mengeluarkan koleksi beg seperti ‘plastik sampah’ dan ‘beg kerepek kentang’.

Sumber: The Now, X ThePopThingz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd