Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Bakal Laksana Dua Projek Jika PH Menang PRK Sungai Bakap – Ahmad Zahid

Kerajaan bakal laksana dua projek jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan projek tersebut adalah mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan pembinaan sekolah tamil di Sungai Bakap.

Laksana dua projek jika PH menang PRK Sungai Bakap

Laksana Projek Jika PH Menang

Foto: Sinar Harian

“Saya berpandangan bahawa cadangan ini harus dilaksanakan kelak (jika PH memang PRK Sungai Bakap),” katanya ketika ditemui di Majlis Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut berkata kemenangan di Sungai Bakap cukup penting bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga imej Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tak Langgar Perlembagaan Parti, Enam Bekas MP BERSATU Yakin Kerusi Tidak Dikosongkan

“Saya mohon agar semua pengundi dibuka hati oleh ALLAH untuk memberikan sokongan kepada calon nombor satu, Dr Joohari untuk meraih kemenangan di DUN Sungai Bakap.
“InsyaAllah, jika beliau terpilih tentunya rakyat Sungai Bakap akan lebih berkeuntungan kerana beliau akan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri yang juga bawah Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Laksana Projek Jika PH Menang

Foto: Kosmo

Sekadar info, PRK Sungai Bakap bakal menyaksikan calon PH Dr Joohari Ariffin menentang wakil Perikatan Nasional (PN) iaitu Abidin Ismail.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai tarikh pengundian PRK Sungai Bakap.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd