Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bakal Hidupkan ‘Arena Of Stars’, Westlife Kembali Ke Malaysia!

Band popular Westlife akan kembali ke Malaysia bagi membuat persembahan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun ini.

Memetik laporan The Star, kembali ke arena yang sama selepas 24 tahun, Westlife akan menghiburkan peminat dengan lagu hits mereka seperti Uptown Girl, If I Let You Go, Swear It Again, Flying Without Wings dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kali ini hanya tiga daripada empat ahli akan menjayakan Westlife The Hits Tour 2024.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Westlife (@westlife)

Persembahan kali ini hanya akan menampilkan Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan manakala Mark Feehily akan berehat seketika sekali gus memilih untuk mengutamakan kesihatannya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Mark Feehily (@markusmoments)

Menerusi media sosial baru-baru ini, Feehily berkata kebanyakan daripada peminat mungkin sedar bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan sejak dulu.

“Dengan kesalnya, saya kini mesti berhenti buat sementara waktu dari semua jelajah Westlife sehingga satu masa yang saya mempunyai peluang untuk pulih sepenuhnya daripada masalah kesihatan saya,” tulisnya.

Untuk rekod, Freehily pernah dirawat kerana sepsis sewaktu Covid pada Ogos 2020, menyebabkan tahap kesihatannya tidak seperti dulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, lelaki berusia 43 tahun itu telah menjalani pembedahan untuk merawat hernia dan dinasihatkan supaya mengambil masa untuk pulih.

Sumber: The Star (Zai Kamal), Instagram @westlife & @markusmoments

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd