Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bakal Ambil Tindakan Tegas, KPK Arah Keluarkan Produk Pamer Label Diskriminasi Minyak Sawit

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bakal mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan label diskriminasi terhadap minyak sawit.

Menerusi satu kenyataan, berdasarkan satu pemeriksaan yang dijalankan oleh KPK di beberapa premis di Selangor pada 26 Januari lalu, mereka mendapati masih ada beberapa produk makanan di premis yang mempamerkan label bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit.

Produk pamer label diskriminasi minyak sawit

Foto: Kementerian Perladangan dan Komoditi

Label yang bersifat diskriminasi (Discriminatory Labelling Against Palm Oil (DLAPO)) adalah seperti ungkapan atau petunjuk seperti “tiada minya sawit” atau “tanpa minyak sawit”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPK berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan label tersebut termasuklah pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.

“Pihak Kementerian telah menubuhkan Pasukan MAEF dengan kerjasama Kementerian dan Agensi bagi mengintegrasikan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan dalam meningkatkan kesedaran seluruh pengguna termasuklah penjual, pengedar dan pengimport,” katanya pada Rabu.

Foto: The Edge Malaysia

Menurut KPK, pelabelan seumpama itu memberikan tanggapan yang negatif terhadap minyak sawit kerana ia memudaratkan dan membahayakan kesihatan sekiranya menggunakan produk tersebut.

Selain itu, penggunaan label sebegitu juga menjejaskan reputasi baik minyak sawit keluaran komoditi negara ini disamping melanggar prinsip perdagangan yang adil dan telus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan atau Petunjuk)(Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022, mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM250 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun apabila disabitkan.

Artikel lain: Sektor Agrikomoditi Dijangka Sumbang RM80 Bilion KDNK, Nilai Eksport RM155 Bilion

Dalam pada itu, KPK juga telah memberi penerangan berhubung larangan penggunaan label tersebut dan meminta  premis untuk mengosongkan rak sehingga tindakan susulan diambil.

Amaran juga telah dikeluarkan kepada premis-premis yang terlibat untuk menghentikan penjualan produk yang mempunyai pelabelan bersifat diskriminasi terhadap minya sawit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, KPK juga telah mengarahkan premis-premis untuk mengeluarkan produk sedia ada di pasaran dengan kadar segera selain bakal melakukan pemeriksaan susulan ke premis-premis itu bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd