Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baju Hujan Jadi Punca Tangan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Rim Motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangannya tersepit pada tayar motosikal dalam satu insiden di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir, di sini, pagi tadi.

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membonceng motosikal jenis Yamaha LC 135 bersama seorang lelaki dewasa yang dipercayai sedang menghantarnya ke sekolah. Dalam perjalanan tersebut, pakaian hujan yang dipakai mangsa dikatakan tersangkut pada rim motosikal, menyebabkan tangannya turut tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi hanya enam minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 terbabit dalam kemalangan jalan raya.
“Tangan kanak-kanak berusia 11 tahun yang membonceng motosikal itu tersepit di tayar kerana pakaian hujannya tersangkut di rim motosikal.
“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Mangsa yang berada dalam keadaan stabil telah dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.58 pagi.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd