Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baifern Pimchanok Tersipu Malu, Akhirnya Balas Cinta Nine Naphat

Beberapa hari lalu, aktor terkenal Thailand, Nine Naphat akhirnya mendedahkan dia telah meluahkan perasaan dan melamar rakan gandingan drama iaitu Baifern Pimchanok sebagai kekasih hatinya.

Tindakan itu dibuat oleh aktor berusia 26 tahun setelah mereka berdua pulang dari Milan, Italy setelah sekian lama memendam perasaan dan merasakan dia perlu berbuat sesuatu.

“Sebenarnya ia baru sahaja bermula, tetapi saya sudah lama menyukai dia. Tapi saya tak tahu nak buat apa. Jadi, saya pergi bertanya dengan Kanchai tentang apa yang perlu dilakukan. Saya cuba buktikan saya sukakan dia, tapi dia (Baifern) tak pandang saya,”ujarnya sambil tersipu malu.

Naphat berkata, dia sudah meluahkan perasaan, dan Baifern hanya ketawakan sahaja ajakan untuk menjadi teman wanitanya.

Lama mendiamkan diri, akhirnya aktres berusia 30 tahun itu bersuara dengan mengatakan dia menerima lamaran Naphat sebagai kekasih hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ehem.. (ya)”jawabnya sambil angguk malu ketika disoal media.

Baifern berkata, sebelum Naphat keluar hadir ke majlis, aktor itu ada meluahkan perasaan selain mahu bercerita tentangnya (Baifern) kepada media.

“Sebenarnya, sebelum dia keluar, dia ada menelefon saya.
“Dia beritahu ‘hari ini saya nak pergi event dan ada sesi temubual bersama media. Jadi, boleh ke kalau saya ceritakan tentang kamu (Baifern) kepada mereka,”ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak menyangka sekali Naphat akan memberitahu kepada ramai bahawa dia sudah meluahkan perasaan cinta kepada media.

Sekadar info, Naphat dan Baifern pernah membintangi beberapa drama dan filem bersama seperti Friendzone, Sroi Sabunga dan A Tale of Ylang Ylang.

Wah, nampak gayanya dari ‘friendzone’ dah bertukar menjadi pasangan kekasih!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thaiupdate

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd