Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Badan Pemikir Ekonomi AS Senaraikan Malaysia Punyai Keadaan Pelaburan Terbaik Di Asia

Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai keadaan pelaburan terbaik secara keseluruhan dalam kalangan negara membangun dan sedang pesat membangun (E&D) Asia dalam Indeks Peluang Global (GOI) 2024 oleh badan pemikir ekonomi Amerika Syarikat (AS) Milken Institute.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia adalah bukti usaha Malaysia mempertingkatkan kemudahan dalam menjalankan perniagaan dan menangani kekangan utama yang dihadapi oleh pelabur.

Foto: Bernama

“Kami amat gembira dengan pengiktirafan ini yang mencerminkan fokus kami kepada pelaksanaan pelaburan yang diluluskan secara cekap.
“Pengiktirafan ini akan mendorong kami ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk membantu pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke Asia,” katanya.

Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-27, mendahului Thailand dan China yang masing-masing berada di kedudukan ke-37 dan ke-39 dalam peringkat global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, E&D Asia mempunyai GOI ketiga terbesar antara negara-negara dalam kalangan rantau dan empat daripada sepuluh negara teratas dalam kedudukan E&D Asia mengatasi purata keseluruhan E&D dalam lima kategori GOI.

“Kategori tersebut ialah persepsi perniagaan, asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, rangka kerja institusi serta piawaian dan dasar antarabangsa,” ujarnya.

Foto: Suara.TV

Sementara itu, Milken Institute berkata bahawa Malaysia mempunyai keadaan pelaburan terbaik di rantau ini menunjukkan prestasi yang ketara mengatasi purata E&D dalam perkhidmatan kewangan dan rangka kerja institusi.

“Prestasi luar biasa Malaysia dalam rangka kerja institusi sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh, berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dalam subkategori GOI ini.
“Selain Malaysia, China, ekonomi terbesar di rantau ini, mencatatkan skor yang ketara melebihi purata E&D dalam akses kewangan serta saiz dan keadaan kewangan, kedua-dua subkategori itu termasuk dalam perkhidmatan kewangan,” katanya.

Milken turut mendapati E&D Asia mencatatkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan kewangan dengan purata skornya dalam kategori ini hampir dengan E&D Eropah dan mendahului rantau E&D lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama (Nurul Jannah Kamaruddin)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd