Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Badan Berisi Tak Ikut ‘Selera’ Tunang, Wanita Kecewa Majlis Kahwin Dibatalkan

Dalam menjalani perhubungan, kita seharusnya menerima kelebihan dan keekurangan pasangan yang dipilih termasuk soal fizikal.

Namun begitu, hancurnya hati seorang wanita apabila pasangan pilihan mengambil keputusan untuk meninggalkannya sebelum hari pernikahan mereka.

Menerusi satu video yang tular yang dimuat naik oleh @elvinaramayanti98 di TikTok, dia meluahkan rasa kecewa apabila bakal suami membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Wanita yang dikenali sebagai Elvina Ramayanti itu juga menyatakan mereka sudah menghantar kad undangan majlis kepada tetamu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Elvina yang berasal dari Bagan Batu, Binjai, Riau, Indonesia berkata, hatinya tergerak untuk memeriksa telefon tunangnya atas sebab berasa curiga.

Apabila diperiksa, Elvina terkejut kerana bakal suaminya itu berbalas mesej dengan gadis lain. Melalui mesej tersebut, dia mengetahui bakal suaminya itu juga keluar bersama gadis berkenaan.

Menurut Elvina, apabila bertanyakan hal itu bagi mendapatkan kepastian, jawapan bakal suaminya membuatkan dia berasa situasi itu berlaku kerana kekurangan dirinya.

Menurut tunangnya, dia mahukan wanita yang mempunyai sosok tubuh yang langsing kerana akan menjalani kehidupan rumah tangga sehidup smati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adakah berat badan saya masalah bagi kamu? Kamu malu kalau isteri kamu mempunyai badan seperti saya?”
“Saya kan sedang diet, cuba sabar dulu bukannya curang. Kamu jahat,” luah Elvina kepada bakal tunangnya.
“Lelaki mahu perempuan yang cantik badannya. Bagi saya itu perkara biasa. Esok saya ke rumah, jumpa ibu dan bapa kamu,” balas si lelaki.

Balasan daripada terbabit melukakan hati Elvina yang sememangnya sudah merancang bagi mendapatkan bentuk badan ideal. Namun, disebabkan tindakan melulu bakal suaminya, majlis perkahwinan yang diimpikannya tidak tercapai.

Rata-rata warganet memenuhi ruangan komen yang memberikan sokongan kepada Elvina. Antara komen yang ditinggalkan adalah menyatakan lelaki itu pasti tidak menyedari bahawa badan wanita akan berubah selepas melahirkan anak.

Badan wanita berubah selepas melahirkan anak

Selain itu, terdapat juga individu yang berkata lebih baik membatalkan perkahwinan daripada akan menyesal kerana salah memilih pasangan seumur hidup.

Lebih baik tahu sekarang daripada selepas kahwin….

Tidak kurang juga yang mendoakan kebahagian buat Elvina selain dapat bertemu dengan lelaki yang boleh menerimanya seadanya pada satu hari nanti.

Semoga berjumpa lelaki yang lebih ikhlas…

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Bimbang nanti dapat tahu suami curang selepas berkahwin, sakit tu lagi terasa tapi kita dah tak boleh buat apa!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @elvinaramayanti98

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd