Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Azizulhasni Hampir ‘Ditendang’ Keluar Kejohanan Gara2 Mesej ‘Save Gaza’

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan beliau hampir ‘ditendang’ keluar kejohanan besar di Eropah pada 2014 hanya sebab mempamerkan mesej ‘Save Gaza’ pada sarung tangannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman di laman Facebooknya, beliau menyampaikan mesej tersebut kepada dunia sebaik sahaja selesai berlumba dengan pelumba dari England.

Azizulhasni hampir ‘ditendang’ keluar kejohanan

https://www.facebook.com/azizulawangofficial/posts/pfbid02D6FsfXmWpirauBCSpAZydN1qwmDxW47mcGDTBqB7Hymhj2CQQzFiKwEY1qCPccWgl

Artikel lain: “Saya Ingin Maklumkan Tak Dapat Sertai Sukan Asia Hangzhou 2022” – Azizulhasni Awang

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika sepanjang kejohanan itu, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi. Memburukkan lagi keadaan ketika itu adalah di bulan Ramadan. Bulan suci umat Islam.
“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.
“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara berkenaan secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ dan juga ‘humanitarian support’,” tulis Azizulhasni.

Sementara itu, Azizulhasni menyeru kepada semua pihak untuk terus memberi sokongan kepada saudara Islam di Palestin dengan membantu mereka pelbagai aspek.

“Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka di sana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.
“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook @Azizulhasni Awang

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Jasad penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, ditemui pada hari kedua operasi selepas hilang dalam insiden mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd