Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ayam Masih Belum Bertelur, Tunggu Sebulan Dua Lagi – Fuziah Salleh

Masalah kekurangan bekalan telur ayam masih lagi berlaku di seluruh negara meskipun ia sudah lama membelenggui masyarakat terutama para peniaga.

Pelbagai keluhan dapat kita dengari dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan sehingga ada pihak meningkatkan harga pasaran.

Terbaharu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memberitahu baka ayam yang baharu dibawa masuk ke negara ini masih belum bertelur.

Dan, masalah ini dapat diatasi dalam tempoh dua bulan lagi selepas ayam penelur baka baharu itu mula bertelur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isu kekurangan telur ayam berlaku oleh kerana kekurangan baka ayam penelur jadi apabila kita dapat membawa masuk baka ayam yang baharu jadi kita memerlukan masa enam bulan untuk baka ayam bertelur,”ujarnya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata mereka tidak boleh memaksa ayam untuk bertelur dengan cepat atas sebab-sebab tertentu.

“Kita tidak boleh hendak paksa dia (ayam) bertelur terlalu cepat, jadi enam bulan itu sudah hampir dihujung, dalam satu dua bulan lagi,”kata Fuziah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan Jualan Rahmah di Pasar raya TF Bentong di sini semalam.

Sementara itu, Fuziah mengatakan pihak kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan bekalan makanan termasuk telur sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Katanya lagi, masalah bekalan telur yang dihadapi negara sejak Oktober tahun lalu dijangka selesai dan dapat kembali stabil selepas ayam penelur baru mula bertelur.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd