Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Awesome TV Kecewa Tindakan MYTV, Sepatutnya Beroperasi Hingga Ogos 2025

Awesome TV kecewa tindakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) yang menggantungkan siaran memandangkan kedua-dua belah pihak masih dalam rundingan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak Awesome TV di laman Facebooknya yang mendakwa pihaknya mendapat layanan tidak adil sebagai syarikat pemula.

Difahamkan, syarikatnya dikenakan bayaran lebih tinggi berbanding stesen televisyen percuma untuk tempoh tiga bulan penggunaan platform MYTV.

Awesome TV kecewa tindakan MYTV

Artikel lain: MYTV Gantung Siaran Awesome TV Bermula 2 November Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih mengejutkan, Awesome TV sepatutnya boleh bersiaran sehingga Ogos 2025 berdasarkan bayaran yang telah dibuat.

Stesen televisyen swasta itu turut menafikan subsidi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang diberikan oleh MYTV kepada pihak pengeoperasi televisyen.

“Tindakan ini menunjukkan MYTV mempraktikkan amalan perniagaan yang tidak seimbang meskipun sedia maklum bahawa Awesome TV adalah stesen televisyen pemula swasta yang baru berusia 3 tahun,” ujarnya dalam kenyataan.

Awesome TV turut berpandangan bayaran yang dikenakan MYTV Broadcasting tidak berbaloi memandangkan hampir 80 peratus daripada penonton Awesome TV adalah dari platform tv satelit.

MYTV gantung Awesome TV

Mereka yang menonton siaran TV menerusi MYTV rendah berbanding platform tv satelit kerana tiada pemasaran efektif serta kesedaran yang rendah dalam kalangan penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Awesome TV berharap MYTV Brodcasting akan memberi layanan yang sama rata seperti stesen tv swasta baharu yang lain agar keadilan ditegakkan.

Terdahulu, MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) gantung penyiaran saluran televisyen swasta, Awesome TV di platformnya bermula 2 November ini. Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh MYTV telah dipadam di Facebook mereka.

MYTV gantung Awesome TV

Sumber: FB @Awesome TV

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat. Menerusi hantaran...

Dunia

Amaran mengenai fenomena  ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat. Mungkin...

Spotlight

Video penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami barunya, Tiko Aryawardhana di ‘after party’ usai dari majlis resepsi perkahwinan mereka telah tular ...

Dunia

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia. Menurut laporan Reuters,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.