Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Awan Bentuk Gajah, Pendakwah Tegur Jangan Sampai Jatuh Khurafat

Awan bentuk gajah, jangan jatuh khurafat

Pendakwah bebas, Dr. Ahmad Kamil Jamilin memberi sedikit teguran buat umat Islam yang mudah percaya akan perkara khurafat seperti kepulan awan menyerupai seekor haiwan dan mengaitkannya dengan peristiwa seekor anak gajah mati dilanggar oleh sebuah lori yang tular di media sosial.

Awan bentuk gajah, jangan jatuh khurafat

@drkamilinjamilin

⛔️ Jauhi KHURAFAT! Awan Bentuk Gajah? Kalimah Allah? Salib? Jesus? Apa Lagi?? #IsuSemasa #ClusteringIllusion #CognitiveBias

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Ahmad Kamil mengakui perkara itu bukan pertama kali berlaku malah sebelum ini ada juga netizen mengaitkan pelabagai corak lain seperti kalimah Allah, malaikat, dan bentuk salib.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya nak tegur netizen yang mudah mengkhurafatkan sesuatu peristiwa, contoh insiden awan berbentuk gajah, mempunyai mesej yang tertentu.
“Pernah dengar istilah ‘cognitive biases’ atau ‘clustering illusion’, iaitu otak akan menterjemah apa yang kita lihat terutama bentuk dan corak tertentu kemudian kita kaitkan dengan imginasi yang kita cipta sendiri.
“Otak dah terbiasa dengan bentuk dan corak tertentu, senang nak bezakan sesuatu, senang nak kenal sesuatu cuma jika corak itu tak jelas kita cenderung untuk naik kaitkan dengan bentuk tertentu hingga timbul awan rupa gajah, rupa kalimah Allah, dan rupa malaikat,” kata Dr. Ahmad Kamil pada Khamis.

Awan bentuk gajah, jangan jatuh khurafat

Dalam pada itu, beliau bimbang terdapat juga masyarakat yang cuba mengaitkan perkara ini dengan kepercayaan atau agama sehingga boleh memesongkan akidah.

“Lagi teruk bila kita kaitkan dengan kepercayaan atau agama tertentu konon-konon membawa mesej atau bukti kepada apa yang kita percaya.
“Hari ini kita nampak, ada corak kalimah Allah dekat kurma yang kita makan tapi kalau esok kita nampak corak salib dekat kurma yang kita makan, macam mana? Jangan ini semua merupakan khurafat,” ucapnya.

Bukan itu sahaja, Dr. Ahmad Kamil sempat menceritakan satu peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW tentang kewafatan anak baginda iaitu Ibrahim sebagai pengajaran untuk masyarakat lebih memahami.

Awan bentuk gajah, jangan jatuh khurafat

“Ingat suatu peristiwa terutamanya kematian ataupun kelahiran seseorang itu tidak ada kaitan dengan fenomena alam.
“Pernah terjadi pada zaman nabi kita Muhammad SAW ketika peristiwa kewafatan anak baginda iaitu Nabi Ibrahim, kebetulan ketika itu berlaku gerhana.
“Ada sebahagian sahabat menyangka gerhana itu ada kaitan macam mungkin bersedih dengan kematian anak Nabi kita tapi Nabi Muhammad SAW bersabda, sesungguhnya gerhana matahari atau bulan tidak terjadi dengan kematian atau kelahiran seseorang, tetapi kedua-duanya tanda kekuasaan Allah SWT,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kawasan Berkabus, Tiada Kecuaian Dalam Insiden Anak Gajah Dirempuh Lori – Polis

Terdahulu, media melaporkan satu berita melibatkan kemalangan menyayat hati seekor anak gajah yang mati selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Dr. Kamilin Jamilin

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd