Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Aurel Hermansyah Hamil Anak Kedua, Atta Halilintar Menggigil Gembira

Penyanyi dan influencer popular dari Indonesia, Atta Halilintar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Aurel Hermansyah sedang hamil anak kedua telah berjaya menarik perhatian ramai.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Atta di laman Instagramnya yang tidak menyangka dia bakal menimang cahaya mata kedua.

View this post on Instagram

A post shared by Atta Halilintar – PAPATA (@attahalilintar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mengigil.. Ameena bakal mempunyai adik. Alhamdulillah ya Allah dari berdua jadi bertiga dan sekarang akan jadi berempat.
“Doakan ibu dan bayinya sihat terus ya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi video di saluran YouTube mereka, difahamkan Aurel telah membuat ujian kehamilan pada Jumaat lalu dan meluahkan rasa syukur kerana keputusan ujian itu menunjukkan positif.

“Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Saya gembira sangat tetapi macam sedang bermimpi,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Atta dan Aurel telah mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Sumber: Instagram @attahalilintar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd