Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Teman Lelaki

Atlet Maraton Olimpik Paris 2024, Rebecca Cheptegei dari Uganda meninggal dunia selepas disimbah petrol dan dibakar oleh teman lelaki di rumahnya terletak di Daerah Trans-Nzoia, Ahad lepas.

Menurut laporan The Standard, atlet berusia 33 tahun itu mengalami 80 peratus luka melecur yang teruk akibat serangan tersebut.

Laporan mengatakan, Cheptegei menjadi sasaran selepas pulang dari gereja bersama dua anak perempuannya, dipercayai berusia sembilan dan 11 tahun, ketika kejadian berlaku.

“Saya cuba menyelamatkan ibu saya.
“Saya berteriak mendapatkan bantuan dan seorang jiran datang membantu saya untuk memadamkan api menggunakan air, tetapi tak tidak berjaya,” kata salah seorang anaknya sebelum ditendang oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Trans-Nzoia, Jeremiah ole Kosiom berkata, pasangan tersebut didengari bergaduh di luar rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa pergaduhan, teman lelakinya dilihat menyimbah cecair terhadap atlet tersebut sebelum membakarnya,” katanya.

Laporan yang difailkan oleh ketua polis tempatan menyatakan bahawa pasangan itu kedengaran berebut tanah milik mangsa sebelum kebakaran bermula.

Suspek, Dickson Ndiema,  yang juga terperangkap dan melecur teruk turut dirawat di hospital yang sama dengan Cheptegei.

Atlet maraton itu, berada dalam keadaan kritikal beberapa hari di Moi Teaching and Referral Hospital di Eldoret, Kenya Barat.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi Khamis akibat kegagalan organ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Cheptegei menduduki tempat ke-44 dalam acara maraton di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung pada 11 Ogos di Paris.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd