Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Astro Peroleh Pinjaman RM400 Juta Daripada Sumitomo Mitsui, Biayai Kos MBNS

Baru-baru ini, ASTRO Malaysia Holdings Bhd mendedahkan anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) telah menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM400 juta daripada Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBC).

Difahamkan, kemudahan pinjaman tersebut adalah secara tidak bercagar.

“Pengeluaran pertama pinjaman hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh perjanjian kemudahan dan tersedia untuk lebih banyak pengeluaran selepas itu.
“Kemudahan itu akan dibayar balik sepenuhnya pada atau sebelum tamat tempoh empat tahun daripada tarikh pengeluaran pertama, dengan pilihan satu tahun untuk dilanjutkan.
Ini adalah kemudahan pelunasan prinsipal dengan ansuran pertama perlu dibayar oleh MBNS 24 bulan daripada tarikh pengeluaran pertama,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Astro Malaysia memaklumkan tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai beberapa kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor.

“Selain itu, pinjaman tersebut juga adalah untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modalnya, termasuk pemerolehan aset untuk penyiaran dan transmisi, serta pemerolehan perisian dan platform. Ia juga bagi tujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta daripada SMBC, yang diperoleh pada 9 Ogos, 2018,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Nasional

Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport. Menurut laporan Bernama, Jabatan Imigresen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd