Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

ASNB Umum Agihan Pendapatan 4.75 Sen Seunit Bagi ASM 2 Wawasan

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) umum jumlah agihan pendapatan 4.75 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 – Wawasan) bagi tahu kewangan berakhir 31 Ogos 2024.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, ASNB berkata pengagihan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.13 bilion, memanfaatkan 939,200 pemegang unit.

“Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan diterjemahkan kepada jumlah pulangan sebanyak 4.75 peratus, mengatasi prestasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada 2.71 peratus sebanyak 204 mata asas.
“Setakat 26 Ogos 2024, dana itu memperoleh jumlah pendapatan kasar RM1.54 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih direalisasi bersih RM1.27 bilion,” katanya.

ASNB umum agihan pendapatan 4.75 sen

ASNB Umum Agihan Pendapatan 4.75 Sen

Foto: New Straits Times

Dalam pada itu, ASNB turut berkata pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan modal, dividen dan sumber pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama berikutan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 48.0 peratus dan 40.6 peratus kepada pendapatan kasar dana.
“Dana itu juga mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio ke dalam kelas aset lain, terutamanya hartanah dan ekuiti persendirian, yang mewakili 8.6 peratus daripada jumlah nilai aset bersih,” jelasnya.

Artikel lain: MELP Galak Penjimatan Tenaga, KBS Jalin Kerjasama Dengan PETRA & TNB

Menurutnya, pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dan tersebut.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Sept 2024,” katanya.

ASNB Umum Agihan Pendapatan 4.75 Sen

Dalam pada itu, ASNB turut mengumumkan ASM 2 Wawasan di cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbangkan internet ditangguhkan buat sementara waktu dari 30-31 Ogos ini.

“Pemegang unit boleh menyambung semula transaksi di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Sept 2024, dan di mana-mana cawangan ASNB atau ejennya di seluruh negara mulai 2 Sept 2024,” katanya.

Sumber: Facebook Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd