Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Buru Aset Jutaan Ringgit Abu Sahid Di UK, Libat Siasatan Projek MEX II

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mengesan aset milik Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed di luar negara yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit, susulan siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX II.

SPRM sedang bekerjasama dengan agensi luar jejak aset Abu Sahid

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan, pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi luar negara, khususnya di United Kingdom (UK) bagi menjejak serta mendapatkan kembali aset berkenaan yang dipercayai melibatkan nilai lebih besar.

“Banyak proses yang perlu kita patuhi di bawah bantuan perundangan bersama antara negara, yang mana ini membabitkan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Pihak kami sudah menyediakan draf kepada AGC bagi memohon maklumat daripada pihak luar negara, terutama sekali daripada The International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) dari UK,” katanya selepas lawatan ke Media Prima Berhad (MPB).

Abu Sahid mengaku tak salah atas 4 pertuduhan pecah amanah

Terdahulu, ketibaan Azam disambut Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Rafiq Razali; Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Jasbant Singh serta Pengarang Kumpulan BH, Zulkifli Jalil.

Pada 8 September lalu, Abu Sahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

abu sahid

Artikel lain: Bakal Diseret Lagi Ke Mahkamah, Abu Sahid Dan Yap Hadapi 25 Tuduhan

Kesemua pertuduhan tersebut berkaitan cadangan projek pembinaan MEX II yang bermula dari persimpangan Putrajaya hingga ke KLIA bagi pihak Maju Holdings.

Dalam perkembangan berkaitan, Azam turut memaklumkan SPRM telah mengambil keterangan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad pada Disember lalu bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd