Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

AS Serah Balik Dua Warga Malaysia Selepas 18 Ditahan Di Kem Guantanamo

Amerika Syarikat (AS) serah balik dua warga Malaysia yang ditahan di Pusat tahanan Teluk Guantanamo, Cuba kira-kira 18 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan juga akan menerima kedua-dua banduan yang ditahan sejak 2006 itu.

AS serah balik dua warga Malaysia yang ditahan di Guantanamo

AS serah balik dua warga Malaysia

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah merangka satu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi Kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya.

AS serah balik dua warga Malaysia

Saifudin Nasution pada September tahun lalu dilapor berkata kerajaan sedang mempercepatkan usaha membawa pulang dua warga Malaysia yang kini berada dalam tahanan di Penjara Teluk Guatanamo, Cuba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, beliau telah membincangkan perkara tersebut dalam satu pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow di New York baru-baru ini.

Dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang berdepan dengan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat.

AS serah balik dua warga Malaysia

Tuduhan ini termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriot di Jakarta pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan rugbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas, petang tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd