Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

As-Safa Travels Lancar Kempen Terbaru, Tawar Pakej Umrah Ekonomi 2025

Syarikat penyedia perkhidmatan umrah, AS-SAFA Travels & Tours Sdn. Bhd. (As-Safa Travels) telah melancarkan kempen terbaru bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan Umrah dan Haji di negara ini.

AS-SAFA Travels & Tours

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengurus Besar As-Safa Travels, Md Roslan Mohammad Jaafar yang bakal menjadi wajah utama jenama bagi kempen ini. 

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar As-Safa Travels, Mohammad Ahyat Md Roslan dan Ketua Pegawai Operasi As-Safa Travels, Mohd Zamri Mohd Shaffie.

As-Safa Travels dikenali kerana komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan umrah dan haji yang bertaraf premium dengan slogan “Pergi Selamat, Pulang Selamat”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ustaz Roslan bukan sahaja berpengalaman luas dalam menguruskan perjalanan ibadah, tetapi juga dikenali sebagai sumber inspirasi terutama ketika berhadapan dengan cabaran seperti pandemik COVID-19.

Beliau telah menunaikan ibadah haji lebih daripada 30 kali dan pernah bertindak sebagai pembimbing agama semasa kejadian nahas bas di Tanah Suci Mekah yang menunjukkan dedikasi beliau terhadap tanggungjawabnya.

Artikel lain: Kos Haji Meningkat 20 Peratus Untuk Kumpulan B40 dan M40

Sebelum menubuhkan As-Safa Travels, Ustaz Roslan mengalami pelbagai cabaran termasuk ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan pengalaman tersebut mendorongnya untuk menubuhkan As-Safa Travels yang menawarkan konsep perjalanan premium yang mengutamakan kepuasan pelanggan serta keselamatan sepanjang perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kempen terbaharu ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan jenama As-Safa Travels yang mengutamakan keperluan jemaah dari awal hingga akhir perjalanan mereka.

Dengan pengalaman luas Ustaz Roslan dan rekod cemerlang syarikat, As-Safa Travels berhasrat untuk menjadi pelopor dalam memberikan pengalaman umrah dan haji yang tiada tandingan.

AS-SAFA Travels & Tours

AS-SAFA Travels & Tours

Sebagai sebahagian kempen ini, As-Safa Travels  memperkenalkan pakej Umrah Ekonomi 2025 dengan harga RM 5,990 untuk 8 hari 10 malam, termasuk penerbangan Air Arabia dan penginapan di hotel dekat Madinah dan Mekah yang dijadualkan pada Februari dan April 2025, dimana Ustaz Roslan sebagai mutawwif.

AS-SAFA Travels & Tours

Selain itu, As-Safa Travels juga menawarkan pakej Badal Haji 2025 yang terhad kepada 50 peserta sahaja dengan harga RM 5,500 termasuk pakej sijil, air zamzam, sejadah, dan minyak wangi sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang tidak dapat menunaikan ibadah haji secara langsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan pelancaran kempen ini, As-Safa Travels berharap dapat menarik lebih ramai bakal jemaah untuk memilih mereka sebagai rakan perjalanan ibadah mereka. 

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd