Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

ARMY Tuntut Label Rakaman Batalkan Tayangan ‘SUGA THE MOVIE’ Di Is**el

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Bangtan Boys (BTS), dokumentari solo Suga ‘SUGA | Agust D TOUR ‘D-DAY THE MOVIE’ akan menemui peminat dan akan tersedia di pawagam seluruh dunia untuk masa yang terhad.

Foto: HYBE Label

Walau bagaimanapun, peminat serta-merta terkejut dengan fakta bahawa filem itu turut akan ditayangkan di Israel dan menuntut rekod label, HYBE untuk membatalkan semua tayangan filem SUGA THE MOVIE di negara berkenaan.

Di aplikasi X, rata-rata peminat meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap rekod label tersohor itu dengan menggunakan kepasyen ‘CANCEL THE SCREENING IN ISRAEL’, serta tanda pagar lain seperti #HYBEDivestFromZionism.

Menurut Kpop Starz, peminat telah membuat keputusan untuk memboikot jenama dan agensi yang telah menunjukkan sokongan kepada Israel atau kekal berkecuali dalam perkara itu.

Ini kerana Israel bertindak kejam di Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu,  rata-rata peminat menuntut agar tayangan itu tidak ditayangkan di Israel untuk menunjukkan solidariti bagi mereka yang bergelut di Palestin.

Beberapa ARMY telah menyatakan bahawa jika HYBE memilih untuk meneruskan tayangan filem itu di Israel, mereka akan memboikot dengan tidak menonton filem tersebut sebagai tanda menentang kezaliman.

Foto: Allkpop

Sehingga artikel ini ditulis, HYBE Labels belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dan tanda pagar #HYBEDivestFromZionism masih trending di aplikasi X.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kpop Starz

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian tinggi terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi, dengan menyifatkannya sebagai permata berharga...

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd