Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘Archived’ Gambar Di IG, Peminat Malaysia Bimbang Keadaan Lee Seung-gi

Penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Seung-gi yang bertindak mengarkibkan gambarnya di laman Instagram telah mencetuskan rasa kebimbangan dalam kalangan peminat.

Menerusi Instagram aktor yang berusia 36 tahun itu, dia telah sembunyikan kesemua gambarnya daripada dilihat oleh peminat malah, tidak mempunyai gambar ‘profile’.

Susulan ini, dalam sebuah hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai tertanya-tanya mengapa pelakon tersebut berbuat sedemikian secara tiba-tiba.

Difahamkan, Seung-gi bakal membuat Asia Tour 2023 bersama pengikutnya pada 5 Jun ini bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur Sungei Wang Plaza pada 7.30 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harap Seung-gi okay

Disebabkan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berharap Seung-gi berada dalam keadaan baik sahaja sebelum hadir ke Malaysia kelak.

Mungkin dia nak susun balik kehidupan dia selepas berkahwin

Malah, ada juga netizen membuat spekulasi dia kini sedang menyusun semula kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.

Sumber: Instagram @Lee Seung-gi, TikTok @koreandramamy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd