Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Arahan Dos Penggalak Ketiga Covid-19 Mungkin Akan Dikeluarkan – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkemungkinan bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunasasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

Ia berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini, lapor Malaysiakini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly berkata,  stok bekalan vaksin sedia ada di negara ini masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput, selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu Covid-19 untuk dos penggalak ketiga.

dos penggalak Covid-19

“Mungkin sedikit waktu lagi KKM akan keluar arahan untuk (ambil) dos penggalak, terutama mereka daripada kumpulan rentan.
“Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.
“Vaksin yang kita ada masih boleh melindungi orang ramai daripada sebarang varian baharu Covid-19 di luar sana,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan KKM pagi tadi di Putrajaya.

Menurutnya, stok semasa vaksin Covid-19 Malaysia masih berdasarkan formulasi yang dilancarkan pada hari-hari awal wabak itu.

Tahun lalu formulasi vaksin Covid-19 telah dikemas kini kepada formulasi bivalen yang menyasarkan varian Omicron serta strain asal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rumusan tahun ini dikemas kini dengan formulasi monovalen berdasarkan varian XBB.1.5, yang merupakan subvarian Omicron lazim pada masa itu. Kedua-dua versi yang dikemas kini itu belum lagi dibawa ke Malaysia.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak dan mengamalkan kuarantin kendiri selama lima hari jika didapati positif Covid-19.

dos penggalak Covid-19

Artikel lain: Kes COVID-19 Negara Catat Peningkatan 57.3% Pada ME47/2023 – KKM

“Ramai yang akan bercuti tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk mengabaikan SOP,” katanya.

Semalam, kes Covid-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Disember lalu berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk pesakit yang disyaki Covid-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd