Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arab Saudi Mungkin Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan Arab Saudi merupakan calon tunggal yang berminat untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2034.

Arab Saudi Mungkin Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Foto: Berita Harian 

Pengumuman itu sekaligus membuka peluang negara itu untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa itu.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan sama ada Arab Saudi boleh menjadi tuan rumah akan diumumkan pada akhir tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Arab Saudi hanya akan menjadi tuan rumah selepas memenuhi semua kriteria teknikal yang ditetapkan oleh FIFA.

Artikel lain: Terima RM922 Juta Setahun, Cristiano Ronaldo Sedia Beraksi Di Kelab Arab Saudi

Arab Saudi melakukan pelaburan dengan banyak dalam sukan bola sepak, Formula Satu dan golf, oleh itu mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah seterusnya selepas penganjuran di tiga negara lain iaitu Sepanyol, Portugal dan Mahgribi, dengan tiga perlawanan di Amerika Selatan pada edisi 2030.

Arab Saudi membuat tawaran tersebut setahun selepas negara jirannya, Qatar menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia pertama di Timur Tengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Selepas bidaan penuh untuk 2030 dan 2034 diserahkan, FIFA akan menilai mereka dan akan membuat undian dalam dua mesyuarat kongres berasingan pada akhir 2024.

Pada mulanya, Arab Saudi mahu membida Piala Dunia 2030 bersama Mesir dan Greece namun membatalkan niat tersebut pada Jun.

Sebaliknya, Arab Saudi mengumumkan pula hasrat mereka untuk membida Piala Dunia 2034 pada 4 Oktober lalu sebaik permohonan tersebut dibuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa penganjuran tiga kejohanan utama melibatkan sukan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan pada musim ini terpaksa dibatalkan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd