Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Apple Tanggung Kerugian Hampir RM1 Trilion Selepas ‘Diboikot’ Negara China

Baru-baru ini, saham syarikat gergasi, Apple jatuh sebanyak 2.9 peratus yang disebabkan oleh negara China mahu memperkenalkan larangan  penggunaan iPhone kepada agensi dan syarikat yang disokong pemerintah.

Keputusan tersebut telah mengundang kebimbangan pelabur mengenai keupayaan Apple selaku syarikat awam terbesar dunia untuk terus menjalankan perniagaan di China memandangkan negara tersebut merupakan ekonomi global kedua terbesar.

Mana tidaknya, dalam tempoh dua hari pada Rabu lalu, Apple telah mencatat kerugian berjumlah AS$200 bilion (RM935.6) bilion dan secara tidak langsung ia merupakan rekod terburuk dalam indeks perindustrian Dow Jones.

Difahamkan, China menjadi negara asing terbesar bagi pengeluar telefon pintar iPhone malah, jualan pula direkodkan satu perlima daripada pendapatan Apple tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun Apple tidak mendedahkan hasil jualan iPhone pada setiap negara namun, China mencatatkan hasil jualan lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat pada suku kewangan lalu.

Terdahulu, China melarang kakitangan kerajaan pusat menggunakan i­Phone menerusi laporan berita yang dikeluarkan Wall Street Journal.

Bukan itu sahaja, firma-firma yang disokong kerajaan termasuk gergasi tenaga, PetroChina yang menggaji berjuta-juta pekerja dan mengawal sebahagian besar ekonomi China turut terlibat dalam keputusan tersebut.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd