Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anwar Ramal Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Parti

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ramal lebih ramai lagi ahli Parlimen pembangkang bakal keluar meninggalkan parti-parti masing-masing.

Memetik Sinar Harian, langkah tersebut diambil berikutan mereka sudah hilang kepercayaan dengan parti masing-masing.

Anwar ramal ahli Parlimen pembangkang keluar parti

Menurutnya, keyakinan ahli Parlimen pembangkang semakin terhakis kerana janji perubahan kerajaan yang digembar-gemburkan tidak menjadi kenyataan.

“Mereka diberikan harapan akan berlaku perubahan (kerajaan). Sebaik sahaja terhakis harapan ini, orang-orang yang dijanji dan ahli-ahli Parlimen yang yakin bahawa perubahan akan berlaku, apabila perubahan tidak berlaku, maka seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka,”katanya.

Beliau juga percaya, terdapat tanda-tanda yang boleh diyakini bahawa ramai lagi ahli Parlimen terhakis keyakinan dengan janji-janji palsu diberikan oleh Perikatan Nasional.

Anwar ramal ahli parlimen

Katanya lagi, matlamat pembangkang untuk meruntuhkan kerajaan tidak akan berjaya kerana semua parti di dalam kerajaan kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerana tujuan dan matlamat tebuk atap itu, walaupun saya dah jawab atap ini atap konkrit, dia cuba bukan sahaja di Malaysia, berpindah ke Dubai dan London.
“Dia lupa Dubai dan London itu konkritnya jauh lebih tebal,” ujar Anwar Ibrahim.

Anwar ramal ahli parlimen

Sebelum ini, pada 24 Januari lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, menjadikannya wakil rakyat pembangkang keenam bertindak demikian.

Malah, lima lagi wakil rakyat pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Artikel lain: MP Bukit Gantang Ikrar Sokong Anwar, Minta Muhyiddin Yassin Buang Sengketa

Anwar ramal ahli parlimen

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir bersama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Lokal

Penantian lebih sedekad akhirnya berbalas apabila seorang pegawai tadbir negeri berjaya merealisasikan impian lamanya untuk bergelar jutawan selepas diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd