Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Jemput Perdana Menteri Thailand Baharu Buat Kunjungan Ke Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Anutin Charnvirakul untuk mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand.

Anwar jemput Perdana Menteri Thailand baharu

Menerusi satu kenyataan di Faceboook, Anwar berkata jemputan menerusi panggilan telefon pada Khamis itu bertujuan mempereratkan hubungan baik antara kedua-dua negara jiran.

“Petang tadi (semalam) saya telah bercakap dengan sahabat saya, Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand.
“Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran,” katanya pada Khamis.
Perdana Menteri Thailand

Foto: FB Anwar Ibrahim

Beliau berkata, perbualan bersama Anutin turut menyentuh mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu,” ujarnya.

Artikel lain: PM Thailand Dipecat! Panggilan Telefon Dengan Kemboja Jadi Punca Paetongtarn Shinawatra Hilang Jawatan

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan juga menyeru agar sebarang isu yang timbul diselesaikan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC). Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau,” katanya lagi.
Perdana Menteri Thailand

Foto: Bernama

Anutin, 58, yang juga mengetuai parti Bhumjaithai, secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 pada 7 September lalu selepas mendapat perkenan diraja sekali gus membuka tirai baharu dalam landskap politik negara itu.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd