Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

PM Thailand Dipecat! Panggilan Telefon Dengan Kemboja Jadi Punca Paetongtarn Shinawatra Hilang Jawatan

PM Thailand Dipecat

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja.

Paetongtarn, 39, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, sebelum ini digantung jawatan sejak 1 Julai lalu apabila didakwa gagal mempertahankan kepentingan negara dalam perbualan telefon bersama bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, pada Jun lalu.

PM Thailand Dipecat

Perbualan itu bocor kepada umum dan mencetuskan kemarahan rakyat Thailand apabila beliau dilaporkan memanggil Hun Sen sebagai “pakcik” serta merujuk seorang komander tentera Thailand sebagai “pihak lawan”.

Panel sembilan hakim sebulat suara memutuskan bahawa Paetongtarn gagal menegakkan standard etika yang perlu ada pada seorang Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakannya telah membawa kepada hilang kepercayaan… mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan negara, yang mencetuskan syak wasangka orang ramai bahawa beliau berpihak kepada Kemboja.
“Selain itu, menjejaskan keyakinan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dalam kalangan rakyat Thailand.
“Defendan (Paetongtarn) tidak menegakkan kod etika tatalaku. Tempoh perjawatannya sebagai Perdana Menteri berakhir dengan penggantungan pada 1 Julai lalu,” kata keputusan mahkamah.

Keputusan itu menyaksikan Thailand sekali lagi berdepan krisis politik selepas mahkamah sama menyingkirkan Perdana Menteri terdahulu, Srettha Thavisin, tahun lalu atas kes etika berbeza.

Ahli Parlimen konservatif menuduh Paetongtarn tunduk kepada Kemboja dan merendahkan tentera, manakala rakan gabungan utama pula keluar daripada kerajaan sebagai tanda bantahan.

Walaupun didesak untuk berundur sebelum ini, Paetongtarn tetap mempertahankan dirinya.

“Niat saya adalah untuk kepentingan negara dan bukan kepentingan diri. Ia adalah demi kehidupan rakyat, termasuk orang awam dan tentera,” katanya kepada pemberita selepas keputusan diumumkan.

Artikel lain: Kontroversi Panggilan Telefon, Mahkamah Perlembagaan Thailand Gantung Tugas PM Paetongtarn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, ketiadaan calon jelas untuk menggantikan jawatan Perdana Menteri meletakkan Thailand dalam tempoh ketidaktentuan politik yang serius.

Mengikut Perlembagaan, hanya calon yang telah dicalonkan pada pilihan raya umum 2023 layak diangkat sebagai Perdana Menteri.

Namun, empat daripada sembilan calon tersebut sudah dianggap tidak layak, sama ada kerana masalah kesihatan mahupun hilang sokongan parti.

Pilihan raya baharu dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian, namun masih belum jelas sama ada Pemangku Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai, mempunyai kuasa untuk memanggil pilihan raya atau sebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Al Jazeera

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd