Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Ibrahim Ucap Takziah Buat Keluarga Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahir ucapan takziah buat keluarga mangsa nahas yang terbabit dalam insiden Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mendoakan agar semua keluarga mangsa yang terkorban diberikan kekuatan untuk menghadapi musibah ini.

“Negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hari dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.
“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa doa agar diberikan kekuatan dalam menghadapi musibah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata kejadian ini merupakan kehilangan yang besar buat negara terutama bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau turut dimaklumkan satu siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Pertahanan (MinDef) khususnya TLDM bagi mencari punca nahas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara. Saya dimaklumkan satu siasatan segera akan dijalankan MinDef khususnya TLDM untuk mencari punca nahas.
“Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka. Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-Sisinya, Al-Fatihah,” ujar beliau.

Artikel lain: Wanita Tak Pandai Cakap Melayu, Netizen Sokong Staf Tolak ‘Renew’ Pasport 

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan dua helikopter TLDM berlanggar di udara sebelum terhempas.

Anwar Ibrahim ucap takziah buat keluarga mangsa nahas helikopter TLDM

Pihak TLDM kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan insiden yang berlaku pada jam 9.32 pagi hari ini merupakan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM.

Insiden semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalam ATM itu melibatkan seramai 10 orang mangsa yang mana tujuh daripada merupakan kru HOM TLDM dan tiga lagi kru FENNEC TLDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

Dalam pada itu, TLDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca insiden berkenaan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd