Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Ibrahim Terima Anugerah Pingat Tertinggi Republik Peru, El Sol del Peru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi, anugerah pingat ‘El Sol del Peru’ di Istana Kerajaan Peru dalam satu Istiadat Penganugerahan, pada Rabu.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Anwar menyatakan pingat tersebut dikurniakan oleh Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘El Sol del Peru’ merupakan penghargaan tertinggi yang dianugerahkaan oleh Republik Peru, dengan gred Gran Cross kepada raja, ketua negara, ketua kerajaan, menteri luar, menteri negara, duta besar asing yang telah diiktiraf atau presiden pihak berkuasa awam.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, anugerah tersebut merupakan bukti hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Peru, selain menjadi permulaan baharu dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia dan ia juga sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, Anwar turut menyatakan minatnya untuk memperkukuh lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan memperjuangkan kepentingan negara-negara Selatan Global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya lagi, jarak yang jauh antara Malaysia dan Peru tidak seharusnya menjadi halangan kepada usaha membina hubungan yang lebih erat dan bermanfaat bagi kedua-dua negara.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim, Astro Awani (Harits Asyraf Hasnan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd