Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Ibrahim Tegur Pengendali Program Kerajaan ‘Sidai’ Tetamu Lama Sangat

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan supaya tidak menetapkan masa terlalu awal buat kehadiran tetamu jika mengendalikan sebarang program.

Memetik laporan dari Harian Metro, beliau menegur tindakan pengendali majlis yang meminta tetamu hadir terlalu awal sehingga perlu menunggu lama sebelum program tersebut dimulakan.

Anwar Ibrahim tegur pengendali program

Beliau yang berucap ketika Majlis Rahmah Mesra Madani di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas mengatakan yang amalan tersebut sangat membazirkan masa tetamu dan mengurangkan produktiviti negara.

“Saya tengok dalam jadual ketibaan Perdana Menteri jam 1 petang. Ketibaan tetamu jam 12 tengah hari. Apa pasal awal sangat? Satu jam tu lama.
“Jadi saya minta semua jabatan kerajaan kalau urusan program tukarlah sikit. InshaAllah ini dijadikan arahan, 10 atau 15 minit sebelum program tak apa untuk atur duduk dan sebagainya. Tapi tak perlu sampai tetamu diminta hadir begitu lama kerana itu membazir waktu dan mengurangkan produktiviti negara,” katanya.

Kredit foto: FB Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadir sama dalam Majlis Rahmah Mesra Madani di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas berkenaan adalah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd