Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anwar Ibrahim Tak Masuk Campur Kes Pendakwaan Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak akan masuk campur dengan kes pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, segala urusan melibatkan pendakwaan Muhyiddin Yassin akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan.

Memetik laporan Berita Harian, tindakan SPRM memanggil bekas Perdana Menteri untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan meskipun semua agensi termasuk Pejabat Peguam Negara telah diarahkan untuk melihat kepada semua kes berkaitan rasuah.

“Urusan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa SPRM, tengok kes. Saya tidak campur, tetapi saya beritahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara, tengok kes.
“Jadi orang setuju atau tak setuju, kena tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya,”kata beliau.

Belum tahu apa keputusan

Tambah beliau, belum ada apa-apa keputusan dapat diputuskan memandangkan ia dibawah bidang kuasa SPRM. Setakat ini, dia hanyalah mengetahui mengenai menerusi dokumen Kementerian Kewangan sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Yang saya sebut selama ini, Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa), tebatan banjir, itu berdasarkan dokumen Kementerian Kewangan, bukan (dari) SPRM atau Jabatan Peguam Negara,”ujar Anwar.

Justeru itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengajak semua pihak yang mahukan negara bersih daripada rasuah, harus melihat kes berkaitan gejala itu secara satu persatu, sama ada setiap kes itu benar-benar pendakwaan politik atau berdasarkan fakta.

Terdahulu, portal melaporkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok dan perkara itu disahkan oleh Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Muhyiddin mungkin akan didakwa atas beberapa tuduhan antaranya membabitkan kes dana ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd