Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anwar Ibrahim Enggan Guna ‘Red Carpet’, Netizen Cuba Tahan Diri

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Terengganu untuk menghadap DYMM Sultan Terengganu dan juga bertemu pegawai pegawai kerajaan.

Biarpun kehadirannya dikatakan tidak disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Barisan Exco kerajaan negeri berkenaan, namun ada sesuatu menarik perhatian ramai sebaik sahaja melihat video tular.

Menerusi video dimuat naik di laman Twitter, tindakan Anwar mengelakkan diri daripada menggunakan permaidani merah yang disediakan sewaktu hadir ke negeri berkenaan menarik perhatian ramai.

Dalam hantaran pengguna dikenali @ceksuhairi, pihak berkenaan sudah menyediakan permaidani mereh, namun figura hebat itu tetap enggan menggunakannya sepertimana pernah dikatakan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dah disediakan ‘permaidani merah’. Tetapi, Anwar Ibrahim tetap Anwar Ibrahim,”ciapnya.

Cuba menahan diri dari dipuji dan digelar pentaksub

Pun begitu, rata-rata warganet dilihat seakan berseloroh dengan mengatakan mereka cuba menahan diri daripada memuji tindakan rendah diri yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lajunya jalan…

Selain itu, mereka turut memuji cara Anwar Ibrahim berjalan pantas yang dikatakan tidak sepadan dengan usia beliau yang kini sudah 75 tahun.

Sumber: Twitter @ceksuhairi

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd