Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anwar Gesa Edar Sejuta al-Quran Seluruh Dunia, Tentang Tindakan Biadap Bakar Kitab Suci

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Malaysia untuk segera mengedar satu juta naskas al-Quran sebagai tindak balas terhadap insiden membakar kitab suci tersebut di Sweden.

Tegas Anwar, Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan ahli politik pelampau kanan, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Menurut Anwar, proses sejuta naskah al-Quran itu akan dilaksanakan oleh Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14, di sini bermula hari ini.

“Dia (Paludan) bakar satu al-Quran, tapi InsyaAllah melalui Yayasan Restu kita akan berusaha secara berperingkat untuk mengeluarkan satu juta al-Quran,”ujarnya.

Katanya lagi, tindakan mencetak dan mengedarkan satu juta al-Quran ke seluruh dunia adalah cara paling berfaedah bagi membalas semua kerja-kerja gila dan tindakan biadap dilakukan oleh Paludan tempoh hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Itu jawapan terbaik bagi menghadapi kegilaan orang ini. Insya-Allah, al-Quran ini bukan sahaja diedar untuk bacaan tetapi dijadikan bahan untuk dihayati,”katanya lagi.

Disoal mengenai kos percetakan, Anwar berkata ia akan ditanggung oleh kerajaan dan sumbangan wakaf yag dilakukan oleh orang awam.

Malah, Kementerian Kewangan (MOF), hari ini juga telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi melancarkan operasi pencetakan itu.

Dalam perkembangan lain, kerajaan juga akan menghubungi negara-negara Islam lain bagi menyelaraskan pengedaran naskah al-Quran ke serata dunia.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Husni Mohd. Noor),

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd