Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anugerah TOTYA Diberikan Kepada Tandas Awam Bertaraf ‘BMW’

Anugerah Toilet Of The Year (TOTYA) 2023 yang diadakan buat pertama kali di Malaysia bertujuan untuk memastikan tandas awam di negara ini Bersih, Menawan dan Wangi (BMW).

TOTYA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan merupakan hasil cetusan idea Menterinya, Nga Kor Ming.

Beliau berkata dalam perasmian Majlis TOTYA 2023, inisiatif itu akan memberikan pengiktirafan kepada premis-premis swasta yang berjaya menyediakan tandas awam bertaraf BMW.

Selain itu, ia juga merupakan satu langkah dalam persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia pada 2026 disamping menaikkan imej negara dalam kalangan pelancong asing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anugerah Toilet Of The Year (TOTYA) 2023

“Penjagaan tandas awam merupakan tanggungjawab bersama, ada dari pihak kerajaan, swasta dan masyarakat yang memerlukan pendekatan ‘Whole of Society Approach’ bagi menjayakan transformasi tandasi kepada BMW.
“Ini penting untuk meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan langkah persediaan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam tadi.

Kor Ming berkata, KPKT juga menyalurkan dana kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membaik pulih, menaik taraf dan meningkatkan kebersihan tandas awam milik PBT.

Artikel lain: Perangi Kemiskinan, KPKT Berjaya Lahirkan 16,294 Usahawan Komuniti Bandar

“Pada tahun ini, sebanyak RM8.8 juta peruntukan telah diluluskan olhe KPKT untuk membaik pulih dan menaik taraf 164 buah tandas awam PBT di seluruh negara.
“Peruntukan itu juga akan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memberi keselesaan kepada pengguna,” ujarnya.

TOTYA 2023 mendapat 345 penyertaan bagi tahun ini dimana sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu hotel, pusat beli belah, kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak dan restoran.

The George Penang, Pulau Pinang; Toppen Shopping Centre, Johor; Petron Senai Jaya, Senai, Johor, Cawan Mu F&B Sdn. Bhd., Ipoh, Perak dan RSA Elmina Selatan, Shah Alam, Selangor yang menenangi kategori masing-masing ditawarkan hadiah wang tunai RM10,000 selain piala dan sijil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemenang dipili  berdasarkan pencapaian markah yang diperolehi mengikut kriteria Audit Penarafan Bintang (Star Rating) Kebersihan Tandas Awam “BMW” KPKT, serta faktor-faktor keistimewaan tandas dipertandingkan.

Penjurian dilakukan secara professional oleh sembilan orang juri yang terdiri daripada ahli Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan KPKT.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd