Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Angkara Siapa? Puluhan Kampit Beras Dan Makanan Asasi Dibuang Di Tapak Perlupusan Sampah

Puluhan kampit beras, tin sardin  dan pelbagai makanan asasi lain didakwa dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran dengan laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum di Temerloh.

Foto: Media sosial

Menerusi satu laporan Berita Harian, dakwaan tersebut tersebar selepas pengguna media sosial di Facebook dan Tik Tok memuat naik beberapa gambar memaparkan puluhan kampit beras dilihat di kawasan pembuangan sampah ketika mereka melalui jalan berkenaan.

“Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan membazir itu.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun, berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama,” kata laporan tersebut.

Selain itu, dilaporkan terdapat dakwaan pengguna sosial media bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang ahli politik yang tidak berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lepas.

“Dakwanya, semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.

Foto: Media sosial

“Namun, sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, ramai netizen memberikan komen negatif melalui hantaran yang tular dan menimbulkan pelbagai andaian dan persoalan berkenaan mengapa perkara itu terjadi serta dijadikan antara punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sekarang.

PDRM patut ambil tindakan..

Ni kes sorok beras!

Kenapa tak bagi kepada orang memerlukan?

Menyusahkan rakyat ni!

Setakat ini, masih belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan membazir tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (RoselanAb Malek)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd