Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Angin Kencang Di China, Tiga Maut Tercampak Keluar Dari Rumah Pangsa

Tiga penghuni rumah pangsa di wilayah Jiangxi selatan China ditemui maut dipercayai selepas diterbangkan angin kencang semasa sedang tidur melalui tingkap rumah mereka pada tengah malam 31 Mac lalu.

Menerusi satu laporan Harian Metro, melalui video yang tular di media sosial, seramai empat orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 dilaporkan cedera berikutan angin kencang yang melanda wilayah tersebut.

Foto: Harian Metro

“Tiga daripadanya maut, yang tinggal di kediaman sama selepas tercampak keluar dari rumah pangsa didiami mereka.
Tetapi, tidak jelas bagaimana mangsa keempat terbunuh,” katanya.

Menurut ahli keluarga mangsa yang maut tersebut, Xu tinggal di tingkat 20 berkata, angin kencang membawa ibunya, 64, dan anak lelakinya, 11, ‘keluar’ dari unit rumah pangsa mereka, selepas ia membadai tingkap di ruang tamu dan bilik tidur rumah pangsa itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang suami Wan daripada satu lagi mangsa berkata, isterinya maut selepas tercampak keluar dari tingkap bilik tidurnya yang pecah akibat angin kencang itu.

“Wan terselamat kerana bilik tidurnya bebas daripada kerosakan,” katanya.

Foto: DunyaNews

Dia juga berkata, dirinya terkejut dari tidur akibat bunyi kuat dan bergegas ke ruang tamu yang rosak teruk bagi memastikan semua dalam keadaan baik di dalam rumahnya kemudian meluru masuk ke dalam bilik tidur isterinya pula.

“Saya memanggil namanya, tetapi tiada jawapan,” ujarnya.

Wan turut berkata, dia mendapati bahawa tingkap bilik dari lantai ke siling di bilik tidur isterinya itu telah diterbangkan sepenuhnya oleh angin kencang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui video yang tular di media sosial, katil isteri lelaki berkenaan dilihat bersebelahan dengan tingkap tanpa kaca manakala satu mayat wanita yang dipercayai isterinya berada di tepi kawasan kediaman tersebut.

Untuk makluman, di wilayah Jiangxi di selatan China, angin kencang yang mirip dengan angin taufan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya tujuh orang sejak akhir bulan dan seramai tiga orang dilaporkan terlempar dari kediaman mereka semasa tidur dengan ketinggian tinggi.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd