Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Tentera Maut, Kereta Dipandu Bertembung Treler

Seorang anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang maut dalam nahas di Kilometer 72, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Isnin selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah treler pada Isnin.

Anggota tentera maut

Anggota tentera maut

Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Mohd Shahruddin A Rahim, 39, mengalami kecederaan parah di muka dan badan selepas kemalangan pada pukul 4.25 petang.

Artikel lain: Lelaki Dipercayai Khayal Pandu Melulu, Punca Kemalangan Tiga Kenderaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata kejadian melibatkan kereta mangsa Proton Saga FL dengan sebuah treler Isuzu.

Hilang kawalan dipercayai punca anggota tentera maut

Anggota tentera maut

Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang

“Hasil siasatan awal mendapati kereta terbabit dari arah Kluang menghala ke Kahang manakala treler dari arah bertentangan.
“Sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan treler serta melintang di atas laluan treler. Treler yang tidak sempat mengelak telah melanggar kereta mangsa,” ujarnya.

Pemandu treler yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan ringan di muka dan dada sebelum dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemandu kereta berkenaan tersepit dan anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis,” jelasnya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.24 petang.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd