Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Penguat Kuasa Dikasari, Operasi Sitaan Di Restoran Bertukar Kecoh

Sebuah operasi penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu di Ipoh bertukar tegang apabila berlaku insiden pergaduhan melibatkan seorang anggota penguat kuasa.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh, Assisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memaklumkan pihaknya menerima laporan sekitar jam 6:43 petang Rabu, daripada anggota MBI berusia 40 tahun yang mendakwa menjadi mangsa ketika menjalankan tugas.

Foto: FB Kelly Ng

Siasatan awal mendapati kejadian bermula selepas seorang pekerja restoran terbabit berang dengan tindakan pihak berkuasa yang ingin menyita kerusi dan meja di premis tersebut.

Tindakan itu dilakukan susulan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI berkaitan isu kebersihan dan penggunaan ruang awam.

Foto: FB Kelly Ng

“Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas rasmi.
“Pengadu turut memaklumkan salah seorang anggota penguat kuasa MBI ditumbuk oleh suspek,” katanya.

Insiden tersebut turut dirakam orang awam dan tersebar luar melalui di media sosial sejak semalam, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas akan diadakan bagi membincangkan isu tersebut yang akan melibatkan wakil Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Jabatan Penguat Kuasa MBI dan pemilik restoran berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Kelly Ng

Beliau turut menasihatkan semua pihak agar tidak memanipulasi kejadian ini dengan elemen perkauman, sebaliknya memberi ruang kepada proses siasatan dan rundingan secara profesional.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri), Facebook (Kelly Ng)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd