Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Komando Ditemui Lemas, Hampir 48 Jam Hilang Ketika Latihan Selam

Anggota Komando Ditemui Lemas

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Rejimen 22 Komando ditemui lemas selepas hampir 48 jam dilaporkan hilang ketika menjalani latihan selaman di perairan Dock Port, Kuantan pada 3 Julai lalu.

Mangsa, Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, merupakan anggota Grup Gerak Khas (GGK) di bawah Skuadron Perahu Khas (SPK) dan sedang mengikuti Latihan Seaghost Siri 1/2025 menggunakan peralatan Closed Circuit Breathing Apparatus (CCBA) sebelum dilaporkan hilang kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan serta-merta sejurus kehilangan dilaporkan.

Mayat Allahyarham ditemukan pasukan rondaan permukaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira jam 10 pagi pada 5 Julai, pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Allahyarham merupakan anggota yang sangat terlatih dalam kepakaran serangan amfibi dan operasi penyusupan maritim,” menurut kenyataan itu.

Anggota Komando Ditemui Lemas

Semua kelengkapan termasuk peralatan selaman CCBA dan senjata M4 ditemui lengkap bersama mangsa.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke kampung halamannya di Semporna, Sabah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Artikel lain: TDM Sahkan Dua Anggota Tentera Hilang Dalam Operasi Di Banding

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gusung Melanta Tesi, Pulau Bum Bum pada jam 2.30 pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TDM memaklumkan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang ramai diminta tidak menyebarkan spekulasi dan diminta menghormati privasi keluarga mangsa.

Foto Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan kehilangan tersebut sebagai satu kehilangan besar kepada pasukan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd