Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota JPJ Dirempuh Maafkan Penunggang Motosikal, Doakan Suspek Berubah

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dirempuh seorang penunggang motosikal sewaktu sekatan jalan raya di Kilometer (KM) 28, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di Port Dickson sehingga mengalami kecederaan semalam mengakui telah memaafkan individu tersebut.

Doakan suspek berubah

Memetik laporan dari Kosmo! Muhammad Nur Hakim Mohd. Razip, 29 memaklumkan yang di juga mendoakan agar suspek  berubah menjadi seseorang yang lebih baik walaupun kejadian tersebut hampir meragut nyawanya sendiri.

Nur Hakim yang telah tujuh tahun berkhidmat di JPJ menceritakan yang insiden tersebut berlaku dalam sekelip mata walaupun dia sudah mengelak. Namun, motosikal terbabit telah melanggar sebelah kakinya sehingga dia melambung.

“Bukan saya sengaja hendak menahannya (motosikal), saya terkejut dan cuba mengelak. Badan saya terjatuh atas dia (suspek) terlebih dahulu sebelum terjatuh ke jalan raya.
“Kalau tak terjatuh atas dia, mungkin saya melambung ke jalan raya dan cedera parah. Sebelum itu, suspek berada di laluan motosikal. Dalam jarak beberapa meter, dia sudah pulas minyak.
“Saya fikir dia main-main, rupa-rupanya dia meluru ke arah saya. Saya nak elak pun tak dapat,” katanya.

Alami bengkak di bahagian kaki & koyak tisu di bahagian kepala

Dia yang ditemui ketika lawatan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf di Kuartes JPJ Pedas memaklumkan yang kejadian tersebut langsung  tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian semalam tidak sedikit pun mematahkan semangat saya bagi menjalankan tugas dengan lebih baik lagi,” katanya.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu menyatakan yang dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan terdapat koyakan di tisu bahagian belakang kepalanya akibat dari hentakan topi keledar.

Dalam pada itu, Hanif Yusabra menegaskan yang kejadian tersebut bukan hanya mengancam nyawa anggota JPJ, tetapi nyawa orang ramai juga.

“Kami akan terus melaksanakan penguatkuasaan dengan penuh semangat dan menjalankan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, video seorang anggota dilanggar seorang penunggang motosikal ketika melalui sekatan jalan raya telah tular di media sosial.

Difahamkan, penunggang motosikal tersebut juga telah ditahan dan direman selamat empat hari untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Nor Ainna Hamzah)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd