Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Angelina Jolie Lawat Pakistan, Mahu Tarik Perhatian Dunia Untuk Bantu Mangsa Banjir

Pelakon Hollywood, Angelina Jolie melawat Pakistan demi menarik perhatian dan keprihatinan antarabangsa berhubung banjir besar melanda negara tersebut baru-baru ini.

Menurut laporan CNA Lifestyle, pelakon berusia 47 tahun itu dilihat tiba di lapangan terbang Karachi pada Selasa sebelum melawat beberapa daerah seperti di Dadu di wilayah Sindh.

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) dalam satu kenyataan memaklumkan, Jolie mahu merasai sendiri dan memahami situasi penduduk yang terjejas.

“Secara langsung, dia mengetahui tentang keperluan penduduk serta mengambil langkah-langkah pencegahan…
“…supaya kejadian itu tidak berulang di masa hadapan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin, seperti dipetik CNN.

Berdasarkan laporan BERNAMA pula, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal bantuan utama dengan menghantar berpuluh-puluh penerbangan sejak Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) turut memaklumkan institusi itu sedang berusaha untuk segera menyediakan pakej bantuan serta pemulihan.
“Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang,” ujar ADB.

Untuk rekod, lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana berkenaan disebabkan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.

Jumlah kematian pula melepasi 1,550 termasuk beratus-ratus kanak-kanak serta kira-kira 13,000 lagi cedera.

Sumber: CNA Lifestyle , CNN , BERNAMA 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd